ABOUT ME

Cempaka Manjoi Tanjung, Ipoh, Malaysia
kita haruslah berushaha untuk mencapai sesuatu kejayaan dan selebihnya kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah 3 perkara yang Allah janjikan kapada umatnya 1: jodoh dan pertemuan 2: rezeki 3: ajal dan maut

Tuesday, 9 October 2012

Topik 6 : PENGEMBANGAN ILMU DAN SUMBANGAN ILMUWAN ISLAM

Topik 6 : PENGEMBANGAN ILMU DAN SUMBANGAN ILMUWAN ISLAM

1.    1. Bidang  Kimia – Jabir / Gaber Ibn Hayyan (750-803 Masihi)




i. Ringkasan riwayat hidup
             Nama beliau ialah Abu Musa al-Asadi al-Tusi dan diberi gelaran al Harani. Selain itu, beliau juga digelar Bapa Kimia Dunia, Mahaguru Kimia Arab dan Bapa Kimia. Beliau juga merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua yang hidup di zaman khalifah Harun Al-Rasyid. Kemunculan beliau pada abad ke-8 mengakibatkan bidang kimia dipelopori orang islam dengan mencapai kemuncaknya dengan cepat. Banyak penulisan yang dihasilkan oleh beliau dan kemudiannya ditambah oleh penuntut-penuntutnya yang mengikut doktrin Jabir yang dikenali sebagai “Korpus Jabir”.
ii. Karya Beliau
    Kitab Al-Kimya -- telah diterjemahkan dan diterbitkanb oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy.
    Kitab Al-Sab’een -- diterjemahkan dan diterbitkan oleh Gerard dari Cremona sementara Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances dan Book of Eastern Mercury.

iii.Sumbangan terbesar beliau
       Beliau adalah perintis ilmu kimia yang dimajukan dan dikembangkan oleh orang barat.



2.      2. Bidang Perubatan - Oftalmologi –  al-Haitham(965M-1020M)



i. Ringkasan riwayat hidup
        Nama beliau ialah Abu Ali al-Haitham yang terkenal dalam bidang oftalmologi. Beliau mengarang buku dalam pelbagai bidang dan kitabnya yang penting dalam bidang oftalmologi.

ii.Karya beliau
    Kitab Al-Manazir yang membincangkan perkara-perkara asas mengenai mata.

iii.Sumbangan terbesar beliau
       Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal daripada orang arab. Sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya iaitu di mana satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebloa mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.

No comments:

Post a Comment