ABOUT ME

Cempaka Manjoi Tanjung, Ipoh, Malaysia
kita haruslah berushaha untuk mencapai sesuatu kejayaan dan selebihnya kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah 3 perkara yang Allah janjikan kapada umatnya 1: jodoh dan pertemuan 2: rezeki 3: ajal dan maut

Tuesday, 9 October 2012

Topik 8 : Pemikiran Islam dan Isu Semasa

Topik 8 : Pemikiran Islam dan Isu Semasa

Krisis Di Selatan Thailand
Pemberontakan di Thailand Selatan merupakan sebuah kempen pemisah, yang bertempat di kawasan kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu, sebenarnya terbina daripada tiga daerah-daerah paling selatan di Thailand , dengan peningkatan perjuangan yang melimpah ke daerah-daerah lain . Walaupun perjuangan pemisahan ini telah wujud berdekad-dekad di kawasan berkenaan, kempen ini meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004. Pada bulan Julai 2005 Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, telah memberikan kuasa lebih besar dengan bertujuan untuk menghapuskan pemberontakan. Pada bulan September 2006, Kommander Tentera, SonthiBoonyaratkalin telah diberikan kuasa eksekutif luar biasa untuk melawan pergolakan ini. Tidak lama selepas itu, pada19 September 2006, Sonthi dan satu junta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa. Despite isyarat damai daripada junta, pemberontakan masih berlanjutan dan semakin menjadi-jadi . Jumlah kematian, 1,400 pada masa rampasan kuasa, bertambah hingga ke 2,579 pada pertengahan September 2007. Di sebalik sedikit kemajuan dalam membendung perjuangan, junta telah mengisytiharkan bahawa keselamatan di Thailand selatan semakin baik dan keamanan akan datang ke kawasan berkenan didalam tahun 2008. Jumlah kematian telah meningkat ke 3,000 di dalam bulan Mac 2008. Luka lama di Thailand Selatan kembali berdarah sejak 2003 berikutan arahan keras oleh Perdana Menteri Thailand , Thaksin Shinawatra terhadap penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani yang militan. Lebih 1500 telah terbunuh. Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas oleh Thailand telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.
Punca Krisis
Penaklukan British dan Perjanjian Anglo Siam 1909 telah membahagikan negara Melayu di utara. Wilayah selatan Thai yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah diserahkan oleh British kepada kerajaan Thai menerusi Perjanjian Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah jajahan Thai.
Lantaran itu PULO melancarkan perjuangan bersenjata sejak 1970-an.Kumpulan nasionalis selatan Thailand mahu merdeka sepenuhnya dari Thailand berdasarkan faktor sejarah. Namun akhir-akhir ini Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Bersatu bersedia berunding dengan pihak berkuasa Thailand.
Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah selatan Thailand. Kaedah perjuangan Al-Qaeda di seluruh dunia khususnya di Afghanistan menjadi sumber idea dan inspirasi. Pihak tentera Thailand menuduh Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMIP) dan lain-lain kumpulan serpihan menjadi pembekal bahan letupan dan melatih ahli-ahli untuk meletupkan diri , menembak curi dan memasang dinamit pada motosikal dan basikal . Sasaran utama ialah anggota tentera, polis dan sarang maksiat.
Sikap para pegawai Thai di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan diskriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan juga menjadi punca kepada serangan-serangan kecil-kecilan ke atas pemimpin Buddha dan anggota-anggota polis yang sedang meronda.

Rundingan Damai
Kerajaan sementara pimpinan Jeneral Sonthi mahu berunding dan mengarahkan para pejuang meletakkan senjata merupakan langkah pertama ke arah perdamaian. Semua piha mestilah duduk semeja.
Antara yang terlibat dalam rundingan ialah pemimpin Bersatu - gabungan pertubuhan pemisah Islam di Selatan Thailand yang terdiri daripada Barisan Revolusi Kebangsaan (BRN), Pertubuhan Pembebasan Petani Bersatu (Pulo), Barisan Pembebasan Islam Patani (BIPP) dan Gerakan Mujahideen Islam Patani (GIMP).
Dalam undingan sebelum ini ,pihak berkuasa Thailand diwakili Ketua Pusat Keselamatan Angkatan Bersenjata Leftenan Jeneral Vaipot Srinual dan Jeneral Winai Phattiyakul. Mulai Oktoner 2006 Vaipot dilantik menerajui Agensi Perisikan Kebangsaan manakala Winai menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.
Peranan Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditemui oleh beberapa wakil dari selatan Thailand di pulau Langkawi sejak 2005. Sejak itu, beberapa siri rundingan telah diadakan . Nasihat dan pelan damai telah diberi pandangan oleh Dr Mahathir Mohamad yang arif tentang selok belok politik di selatan Thailand. Dr Mahathir mengambil langkah berani itu kerana hanya beliau tokoh dipercayai oleh penduduk selatan Thailand.
Pertubuhan Perdana Global Peace Organisation(PGPO) dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pengarah eksekutifnya. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Putrajaya.
PGPO bertindak sebagai orang tengah sejak Oktober 2005 bagi merundingkan pelan damai di selatan Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur bagi mendapatkan idea, pandangan dan perspektif Malaysia menangani Krisis selatan Thailand.
Atas pelawaan Anand, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menemui Raja Bhumibol Adulyadej di Bangkok , Thailand . Baginda merestui peranan Tun Dr Mahathir sebagai pengantara dan merupakan tokoh yang berwibawa yang mewakili pemimpin Islam sederhana.
Anand Panyarachun merupakan pengerusi National Reconciliation Council (NRC) yang dilantik oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ketika itu. Tujuanny mencari kaedah terbaik mendamaikan kawasan majoriti Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani itu. 
Alternatif Perdamaian
Bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan menyarankan supaya model perdamaian Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia di Helsinki Ogos 2005 digunakan dalam menyelesaikan pertikaian di Selatan Thailand.
Pemimpin selatan Thailand yang disenarai hitamkan oleh pihak berkuasa diberi pengampunan.
Namun keamanan berkekalan akan diganggu oleh penjenayah, sengketa politik, kegiatan penyeludupan dan sindiket dadah.
Pada 9 Oktober 2006 , Perdana Menteri sementara Thailand, Surayud Chulanont mebentuk Kabinet baru . Menteri-menterinya terdiri daripada ahli ekonomi, pegawai tinggi kerajaan dan dua bekas pegawai tentera.Birokrat beragama Islam, Aree Wong-araya menjadi Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan domestik. Hal ini memberi harapan baru kepada penduduk beragama Islam. Pelantikan orang Islam dalam kabinet Thahiland memberi harapan baru kepada perdamaian selatan Thailand.
Ketidakseimbangan Pentadbiran Kerajaan Pusat
            Seperti yang kita semua sedia maklum, pegawai-pegawai yang dihantar bertugas di Patani terdiri daripada mereka yang tidak berintegriti dan mempunyai agenda kotor yang tersendiri. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat pegawai yang membunuh dan merogol dengan sesuka hati.Wilayah selatan Thailand masih lagi ketinggalan dalam aspek pembangunan  sosial dan ekonomi berbanding di kawasan tengah Thailand iaitu Bangkok walaupun rakyat Pattani dipaksa membayar cukai atas alasan untuk pembangunan seluruh negara.[20] Dari segi perspektif ekonomi pula, Wilayah Pattani merupakan anatara wilayah yang paling mundur dalam Thailand. Hal ini disebabkan pembahagian dana kewangan yang tidak adil oleh kerajaan Pusat kerana dipengaruhi sentiment keagamaan dan perkauman. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelebaran jurang diantara penduduk luar bandar di daerah lain berbanding Patani. Purata pendapatan ekonomi penduduk luar bandar lebih tinggi iaitu purata pendapatan penduduknya ialah 2169 Baht berbanding 568 Baht sahaja bagi penduduk Muslim Pattani.[21]
Dalam bidang kesihatan pula, hanya 50 orang doktor sahaja ditugaskan untuk mengawal selia kesihatan penduduk yang berjumlah hampir 1 juta orang. Oleh hal yang demikian, masalah kesihatan kian meruncing kerana tempoh rawatan yang lama disebabkan oleh kekurangan kakitangan kesihatan. Rangkuman analisis ketidakseimbangan inilah merupakan salah satu faktor perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan pusat sentiasa berlaku.
Kesimpulan
            Konklusi yang dapat dibuat hasil daripada pemerhatian terhadap faktor-faktor pentadbiran pusat terdapat dua kata kunci utama iaitu paksaan dan ketidakadilan. Faktor paksaan melalui dasar-dasar yang diamalkan seperti Thesapiban dan Rathaniyom yang mana masyarakat Muslim Patani harus tunduk patuh. Agama Islam tergadai, bahasa Melayu dipandang enteng serta Raja Melayu dihapuskan menunjukkan petanda kebiadapan pemerintahan pusat terhadap mereka. Faktor ketidakadilan pula bagaimana pentadbiran pusat dan wakil-wakil yang dihantar tidak pernah memahami suara keluh mereka, kelebihan diberikan kepada orang-orang beragama Buddha dan berbahasa Thai. Maka penjelasan bernas dapat dibuat ialah masalah Melayu Muslim di Selatan Siam sememangnya berpunca daripada ketidakadilan pentadbiran pusat dan wakilnya di selatan yang tidak sensitif dengan norma hidup masyarakat Muslim ini.
Sumber rujukan:

No comments:

Post a Comment